Skip to main content

Bengkel Amazing: Menyelami Bahasa dan Makna al-Quran Bersama Ustaz Ambya Abu Fathin

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan. Ramai antara kita yang mampu membaca al-Quran dengan lancar, namun masih belum memahami isi kandungan dan mesej yang disampaikan oleh Allah. 

Menyedari keperluan ini, Akademi Sinergi , melalui Pengarah Urusan, Tuan Fazrul Ismail telah memberi kepercayaan kepada sepasukan muslimah (kini dikenali dengan nama ARafeeQ Learning Resources) untuk mengelola beberapa siri Bengkel Amazing sepanjang bulan September hingga Disember 2024. 

Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Ambya Abu Fathin, S.Pd.I, M.Ag., seorang guru ngaji, imam dan da’i yang berpengalaman luas di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau merupakan Ketua DKM dan Imam Tetap Masjid Al-Hidayah Bandung serta Presiden Direktur Pusat Pelatihan dan Penerbit Al-Qur’an PT Amazing Qur’an Indonesia. Beliau juga aktif membimbing jemaah haji dan umrah serta sering muncul di pelbagai saluran TV seperti MQTV, RCTV dan ASTRO TV Malaysia.

Ustaz Ambya merupakan pengasas kepada beberapa modul pembelajaran seperti Amazing Iqra (2 Hari Bisa Ngaji), Amazing Tahsin, Amazing Tarjim (terjemah al-Quran), Amazing Nahwu (bahasa al-Quran) dan Mushaf Az-Zikr (menghafal al-Quran semudah berzikir). Setiap modul disusun dengan pendekatan mudah, praktikal dan sesuai untuk semua peringkat usia dan latar belakang.

Antara dalil yang menjadi asas kepada pelaksanaan bengkel ini ialah firman Allah dalam 

Surah al-Muzzammil ayat 4: “Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil.” 

Sementara itu, dalam Surah Sad ayat 29 pula disebut: “(Ini adalah) sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu yang penuh keberkatan, supaya mereka mentadabburi ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.”

Berikut merupakan Poster Bengkel Amazing yang telah di anjurkan oleh pasukan ARafeeQ iaitu

1.  Amazing Iqra 

 



2.  Amazing Tajwid

3. TOT Amazing Iqra



4. Amazing Arabic


5. Amazing Nahu. 



InshaAllah kami akan teruskan penganjuran bengkel Amazing dalam masa terdekat. Follow kami di facebook page rasmi , ARafeeQ Learning Resourcess

Semoga usaha ini menjadi satu langkah mendekatkan lagi hati-hati kita kepada al-Quran, bukan sekadar dibaca tetapi benar-benar difahami dan diamalkan dalam kehidupan.



Comments

Popular posts from this blog

Hari Kebangsaan Malaysia ke-68: Merdeka, Ilmu dan Syukur

  🇲🇾 Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-68: Merdeka, Ilmu dan Syukur Setiap tahun, kita meraikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air. Tahun ini, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-68. Namun, lebih daripada sekadar laungan “Merdeka!”, sambutan ini seharusnya menjadi detik untuk kita merenung makna yang lebih mendalam: kesyukuran, amanah, dan perjuangan menuntut ilmu . Merdeka Adalah Syukur dan Amanah Kemerdekaan adalah nikmat besar daripada Allah SWT. Kita bebas menentukan arah kehidupan sebagai sebuah bangsa, membina identiti, dan memperkukuh perpaduan. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-‘Imran ayat 103: Aali-Imran 3:103 وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعࣰا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءࣰ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنࣰا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةࣲ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُم...

ARafeeQ Learning Resources, Penganjur Program Al-Qur’an & Tarbiyah Anda

Arafeeq Learning Resources – Pengurusan Program Al-Qur’an & Tarbiyah Arafeeq   Learning Resources   Arafeeq Learning Resources ialah sebuah syarikat pengurusan program yang berfokus kepada pembelajaran Al-Qur’an, tadabbur, dan tarbiyah ruhani. Kami berperanan sebagai penyelaras utama bagi kelas, bengkel, dan acara dakwah berimpak tinggi dengan kerjasama para asatizah, trainer, dan pakar bidang Al-Qur’an. Fokus Utama Arafeeq * Pengurusan Pengiklanan & Pemasaran Program: Membantu menjayakan capaian dakwah melalui strategi komunikasi yang berkesan * Pengurusan Pendaftaran & Sokongan Peserta: Menyediakan pengalaman pembelajaran yang tersusun dan mesra peserta * Pengurusan Teknikal Program: Menjamin kelancaran sesi fizikal dan dalam talian dengan sistem teknikal yang cekap  ARafeeQ – Rakan Perjalanan Ilmu dan Ruhani Anda 📲 Hubungi Kami Kami menjemput para asatizah yang memerlukan perkhidmatan pengurusan acara bagi program berasaskan Al-Qur’an bersama komuniti penc...