🇲🇾 Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-68: Merdeka, Ilmu dan Syukur Setiap tahun, kita meraikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air. Tahun ini, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-68. Namun, lebih daripada sekadar laungan “Merdeka!”, sambutan ini seharusnya menjadi detik untuk kita merenung makna yang lebih mendalam: kesyukuran, amanah, dan perjuangan menuntut ilmu . Merdeka Adalah Syukur dan Amanah Kemerdekaan adalah nikmat besar daripada Allah SWT. Kita bebas menentukan arah kehidupan sebagai sebuah bangsa, membina identiti, dan memperkukuh perpaduan. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-‘Imran ayat 103: Aali-Imran 3:103 وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعࣰا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءࣰ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنࣰا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةࣲ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُم...
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan. Ramai antara kita yang mampu membaca al-Quran dengan lancar, namun masih belum memahami isi kandungan dan mesej yang disampaikan oleh Allah. Menyedari keperluan ini, Akademi Sinergi , melalui Pengarah Urusan, Tuan Fazrul Ismail telah memberi kepercayaan kepada sepasukan muslimah (kini dikenali dengan nama ARafeeQ Learning Resources ) untuk mengelola beberapa siri Bengkel Amazing sepanjang bulan September hingga Disember 2024. Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Ambya Abu Fathin, S.Pd.I, M.Ag., seorang guru ngaji, imam dan da’i yang berpengalaman luas di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Beliau merupakan Ketua DKM dan Imam Tetap Masjid Al-Hidayah Bandung serta Presiden Direktur Pusat Pelatihan dan Penerbit Al-Qur’an PT Amazing Qur’an Indonesia. Beliau juga aktif membimbing jemaah haji dan umrah serta sering muncul di pelbagai saluran TV seperti MQTV, ...